Jumaat, 3 Jun 2011

Bareno Run 2011 (21km : Half-Marathon)


Bareno Run 2011 (21km : Half-Marathon)

Bareno ru merupakan acara yang kedua setelah acara Larian Gemilang di UM untuk tahun ini. Pasukan UPNM telah menghantar 34 orang dalam pertandingan ini. Tetapi hanya 27 orang sahaja yang dapat mengikuti larian sehingga tamat larian. Pertandingan diadakan pada 13 Mac 2011 dan bermula pada jam 5 pagi. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM60 seorang. Peg Kdet Khairul dan Peg Kadet Ambren telah menguruskan segala urusan pendaftaran dan perjalanan ke tempat pertandingan keseluruhan.

Kebanyakkan pelajar UPNM menunaikan solat subuh hanya setelah selesai menamatkan larian sejauh 21km.  Ade juga yang menumpang di gerai-gerai tepi jalan untuk menunaikan solat subuh. Sepanjang perjalanan pertandingan ini, kami cuba sedaya upaya untuk mengimbangi amalan duniawi dan akhirawi. Dalam bersukan juga, kami cuba menerapkan nilai-nilai keislaman yang mana lebih membawa kebaikan dan kemenangan kepada ahli Kelab.

Pertandingan ini, majoritinya disertai oleh kaum berbangsa cina. Laluan larian bermula di Stadium Bukit Jalil dan tamat juga di stadium ini sejauh 21km. Keputusan keseluruhan mencatatkan A0971 Chan Jun Shen telah menamatkan larian dalam kedudukan ke 10 keseluruhan dengan catitan 1:28:50 diikuti oleh A0897 Mohamad Suhaime Bin Shukor 1:29:20.
KEPUTUSAN KESELURUHAN AHLI KELAB SUKAN LASAK UPNM:


Yang x bestnya, sijil xdapat2.. kata nak hantar kat u, tapi dah 2bln x dapat balik...
Alhamdulilah.. mase smpai finishing line, aku sempat gegas sujul menunaikan solat subuh dengan titisan air mata kesyukuran.. alhamdulilah.. syukran Ya Allah..

11 :  A0897 MOHAMAD SUHAIMIE BIN SHUKOR 01:29:20 01:29:17

Gambar bersama rakan2 seperjuangan selepas tamat larian..

Gambar ne ditangkap oleh Tey Eng Tiong...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan