Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2011

6th Malaysia International Ekiden Run 2011 - Relay Marathon


6th Malaysia International Ekiden Run 2011 - Relay Marathon

Ekiden run 2011... 
Tarikh: 29th Mei 2011, Ahad 
Tempat: Putrajaya Corporation Complex, (opposite Istana Kehakiman/Palace Of Justice
Jarak:15km (5 pelari untuk satu kumpulan, 3km untuk setiap pelari)
Kelab sukan lasak telah menghantar seramai 4 kumpulan dimana 3 kumpulan untuk kategeri Men's Open dan satu kumpulan Mixed Team Open. Alhamdulilah dengan izin allah, kami telah menduduki tempat kedua, kelima dan ketujuh untuk men open, manakala tempat ke sembilan untuk kategeri mixed relay.
Hanya RM100 untuk satu kumpulan yang dihantar. Kelab Sukan Lasak UPNM masih mengekalkan prestasi berada di kedudukan kedua selama 3 tahun berturut-turut. Moga tahun akan datang, Kelab Sukan Lasak boleh menjuarai keseluruhan kategeri yang dipertandingkan.

Peg Kdet Adam dan Peg Kadet Atai telah menguruskan perjalanan pertandingan ini dari mula sehingga tamat. Ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada mereka.

Erm.. game yg dalam target aku untuk tahun ne..Alhamdulilah.. tercapai juga...
Syukran YA Alllah.....
terima kasih juga utuk group aku (Tuan Pineng, Tuan Amirul, Tuan Steward, Tuan Hudha & aku sendiri)....
tahun depan, aku akan wat st group utk juarai pulak...
Mase ne, ade Hari Belia.. Ramailah juga org.. Paham2 jelah, bila budak2 luar tgk pemakain bdk kelab sukan lasak UPNM, mata x terkedip!! almaklumlah, baju seksi gampang...hahaha...


aku sempat jumpa fifi.. kawan aku yg macam serupa wajah seperti kekasih hati aku, Siti Faridah yg comel tu.. Dia join rowing.. bg semangat kat dia.. parents dia pon datang bersama baby anak kedua dia.. muda lagi parents fifi dah jadi atok n nenek.. alhamdulilah.. sempat dukung cucu...
Aku nak mcm tu..haha... kali ne, fifi x berjaya nak menjuarai rowing game yg dia masukk.. tapi xpe, dia masih muda & banyak lagi peluang dia... Masih cerah...


Papepon.. aku bersyukur dengan ape yg aku dapat, aku peroleh.. Syukran YA Allah...

Group aku yg menduduki tempat ke-2 keseluruhan lelaki terbuka..

Macam biasa, kerja kami, bergambar kenangan di setiap race sebagai kenangan,..

Antara ahli kelab yg terlibat utk game Ekiden Run 2011 
 
Pingat...

KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2011


KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2011



Kelab Sukan Lasak  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghantar seramai 34 orang Pegawai Kadet untuk menyertai Kenyir Lake International Triathlon 2011. Secara tidak langsung, acara ini bertujuan untuk memperkenalkan UPNM pada peringkat antarabangsa.
Penginapan di Kenyir Resort and Spa..
Acara ini dimulakan dengan berenang sejauh 1.5km, berbasikal sejauh 40km dan berlari sejauh 10km. Peserta terpantas yang berjaya menamatkan perlumbaan ini akan diistiharkan sebagai johan.  
        
UPNM telah menghantar sejumlah 34 peserta iaitu 5 untuk bertanding bagi kategori lelaki dan reley. Pada kejohanan kali ini penglibatan daripada peserta luar negara amat memberangsangkan. Kesemua Pegawai Kadet yang menyertai perlumbaan pada kali ini berjaya menamatkan cabaran pada masa kurang dari 4jam. Hal ini membuktikan peserta dari UPNM juga mampu bersaing dengan peserta-peserta lain pada peringkat antarabangsa. Berikut adalah keputusan tidak rasmi para peserta:


Tean aku yang satu ne.... Peneman setia group aku.. Mem Suria..Perenang aku...
Walaupun xdapat capai target, tapi aku bersyukur, banyak pengalaman aku dapat....
ilmu serba sedikit... then yg paling penting, semua sampai dlm keadaan yg selamat....

Tean mixed relay: 2:26:57,Tempat keempat

Suria Binti Sharuddin (Swimmer)
 Ahmad Syafiq Bin Syukor (Berbasikal)
Mohamad Suhaimie Bin Shukor (Runner)


Aku..

Antara ladies2 UPNM yang memberi sokongan...



Skuad Batalion Lekir yang join kelab...

Menunggu ketiba team basikal dengan kesabaran walaupun dalam keadaan hujan...

Bareno Run 2011 (21km : Half-Marathon)


Bareno Run 2011 (21km : Half-Marathon)

Bareno ru merupakan acara yang kedua setelah acara Larian Gemilang di UM untuk tahun ini. Pasukan UPNM telah menghantar 34 orang dalam pertandingan ini. Tetapi hanya 27 orang sahaja yang dapat mengikuti larian sehingga tamat larian. Pertandingan diadakan pada 13 Mac 2011 dan bermula pada jam 5 pagi. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM60 seorang. Peg Kdet Khairul dan Peg Kadet Ambren telah menguruskan segala urusan pendaftaran dan perjalanan ke tempat pertandingan keseluruhan.

Kebanyakkan pelajar UPNM menunaikan solat subuh hanya setelah selesai menamatkan larian sejauh 21km.  Ade juga yang menumpang di gerai-gerai tepi jalan untuk menunaikan solat subuh. Sepanjang perjalanan pertandingan ini, kami cuba sedaya upaya untuk mengimbangi amalan duniawi dan akhirawi. Dalam bersukan juga, kami cuba menerapkan nilai-nilai keislaman yang mana lebih membawa kebaikan dan kemenangan kepada ahli Kelab.

Pertandingan ini, majoritinya disertai oleh kaum berbangsa cina. Laluan larian bermula di Stadium Bukit Jalil dan tamat juga di stadium ini sejauh 21km. Keputusan keseluruhan mencatatkan A0971 Chan Jun Shen telah menamatkan larian dalam kedudukan ke 10 keseluruhan dengan catitan 1:28:50 diikuti oleh A0897 Mohamad Suhaime Bin Shukor 1:29:20.
KEPUTUSAN KESELURUHAN AHLI KELAB SUKAN LASAK UPNM:


Yang x bestnya, sijil xdapat2.. kata nak hantar kat u, tapi dah 2bln x dapat balik...
Alhamdulilah.. mase smpai finishing line, aku sempat gegas sujul menunaikan solat subuh dengan titisan air mata kesyukuran.. alhamdulilah.. syukran Ya Allah..

11 :  A0897 MOHAMAD SUHAIMIE BIN SHUKOR 01:29:20 01:29:17

Gambar bersama rakan2 seperjuangan selepas tamat larian..

Gambar ne ditangkap oleh Tey Eng Tiong...

KPT-UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke-2(PAgoh)


KPT-UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke-2(PAgoh)

5 pasukan terdiri daripada ahli Kelab Sukan Lasak UPNM bersama 4 orang lagi bukan bumiputera buat julung kalinya menyertai cabaran orienteering. Setiap pasukan seramai 4 orang perlu mempuyai sekurang-kurangnya seorang campuran bangsa seiring dengan slogan satu Malaysia.
Usaha dan iltizam yang tinggi telah menobatkan pasukan daripada UPNM untuk berada di tempat ke-7, ke-5, ke-2 dan juara bagi kategori siswa.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

TERJAH:
setibanya kami di IKBN Pagoh iaitu penempatan rasmi peserta orienteering. Bas UPNM jenir bertayar banyak meninggalkan kami. TaSenpa rasa malu kami menumpang bas pelbagai UiTM yang ada sepanjang cabaran berlangsung. Antara yang berjaya menjadikan kami sebagai penumpang ialah UiTM Perlis, UiTM Shah Alam, UiTM Melaka dan UiTM Dungun Terengganu.

REPRACTICE:
melihat kepada facilitis katil dan tilam, wow kami beruntung berada di UPNM. Maka terjadilah exercise pindah alih yang amat melucukan hati.

SEMAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI:
Biarpun secara rasminya ini adalah kali pertama kami berorienteering, memang low profile. First timer katakan, tambahan tiada pengalaman. Kelebihan kami semestinya tahap kecerdasan yang tinggi. Orang berjalan kami berlari.

Pengurus pasukan: Peg Kadet Safwan dan Peg Kadet Mursyid

Team D:
 3012688 Peg Kadet Zulkarnain Bin Mahadi
 3012577 Peg Kadet Mohamad Suhaimie Bin Shukor
 374753 Peg Kadet Thaddaeus Raphael a/k Azis @ Sait
 3012102 Peg Kadet Mohamad Hudha Bin Mohd Mortador

Group UPNM bersama hadiah yg dimenangi...

Fizi & Fifi

Bilik Penginapan Pelajar Kadet UPNM.. Mantap kn?hahah

Larian Gemilang Universiti Malaya


Larian Gemilang Universiti MALAYA (22/1/2011)

Larian Gemilang UM:

• Name of Run: Larian Gemilang 11
• Date: 22 January 2011
• Starting Time: 7.10am
• Distance: 10K
• Venue: 12th Residential College, UM
• Registration fee: RM20
• Contact details:
Phone: 013 597 2129 (AFIQAH)
Email: larian.gemilang11@gmail.com
Website: Larian Gemilang 11

Cik Afiqah banyak membantu dalam pendaftaran penyertaan kami kali ini. Kerjasama beliau amat kami hargai. Not too bad.. Result larian kali ini tidak berapa teruk.. Ahli kelab kebanyakannya berjaya menamatkan larian di bawah 50 pelari terbaik keseluruhan.
Naim mulakan larian dengan agak "kepoyohan".. hahaha.. see his picture!!haha.. 
Pengurus pasukan: Peg Kadet Amin









Sabtu, 18 Disember 2010

Newton(26.9.2010)






Newton Running 25km...

Mase game ne, aku n skuad2 aku lain x wat latihan pon.. almaklumlah baru pas cuti raya!!!

mencekik je kat rmh.. bawa brg2 & peralatan utk wat latihan tapi x wat pon!!!
sibuk!!! huhuhu...
N first time aku pakai compression sock.. alhamdulilah, kaki aku x crame for the first time...
Game ne aku bayar RM60 n dapat percuma sock ne.. warna putih..
kat game ne, aku kena wat yang terbaik, sebab klu aku dapat rank yg baik, aku dapat gi DESARu.. kat sana ade game jgk!!!
so, dengan izin Allah, Allah memberiku kejayaan...
walaupon x seberape, aku bersyukur.. ape x nya, aku dapat kalahkan orang yang aku mmg nak kalahkan sebelim ini..
Jurulatih aku pon aku dapatkalahkan.. ala, itu pon x sengaja.. dia penat cycling semalam.. kalau x, hbs aku kena tinggalkan kat belakang..
kali ne, aku hanya wat "drafting".. bagi aku, drafting ne bgs..
aku x payah nak calculate kelajuaan  n jarak langkah aku.. aku just perlu maintain n follow org depan je...
tenaga aku dpt dijimatkan n aku just perlukah 1 POWER jel untuk kali ne n satu cawan kecil ENDURANCE POWERBAR....
alhamdulilah dengan izin Allah dapat aku tamatkan game ne dengan rank no 8 keseluruhan daripada 625 org...
coach aku belakang aku, no 9.... game aku ne belangsung kat Bukit KINrara, Puchong....
k, ne pic2 aku kat sana:


mase kul 7.30pg...
Still drafting nagn org cina ne..

1

2

3

4

Finishing...
Alhamdulilah...

Result aku..
no 8 keseluruhan..

Myteam...
 Drafting with my lovely senior..
huhu
Alhamdulilah!!!
lega bila sampai!!
samopai2 je, aku terus cekup milo ais!!
huhuh..
sedp x terkata...


saje nak bergaya!!!
haha

Ahad, 12 Disember 2010

30km MARATHON (17/1/2010)

30KM Marathon katt Bukit Merbok KL....
First event untuk tahun 2010..
game start awal.. almaklumlah, 30KM....
tahu x, aku pg2x punyalah lapor, aku telan maggie goreng "mee sedap"... berbalut dengan roti..
x sampai 15km aku lari, crame kaki aku..
tapi aku dapat ambil 2 powerjel mase ade petugas edarkan...
huhu...
erm,kali ne, aku nekad aku x mau makan meggie lagi before start game...
aku bersyukur aku dapat habiskan game ne.. dapat byk juga barang2 cenderahati..
dan yang paling aku suka, banyak gile makanan diaorg sediakan...
x silap aku, banyk kot tembikai dan tauhu panas aku makan.. campur dengan milo ais..
huhu.. memang mantap..
k lah, nnti jumpa lg..

Happy dapat habiskan 30km buat pertama kalinya..
huhu...

Aku dihujung sekali bersama medal kebanggaanku...
Bergambar bersama rakan rakan seperjuangan....

Towerthon 2010



Pertama kali aku menjejakkan kaki di menara ini.. Dulu just tengok kat tv tapi kali ne, aku siap dapat berlari dari aras bawah sampailah tingkat teratas...Bersyukur pada Allah..
Gambar kat sebelah ne: ATAI, HIDAYAT & AKU...
huhu.....
Dapat habiskan game ne dgn jayannya..








  • Bergambar selepas warming up & before game start...

Timing Chip 



My Number BID...

 
Lepas habis game....
Posted by PicasaIntake 2009 yg join Towerthon 2010
 

mase kat KL tower, aku terjumpa "SPIDERMAN" ne..
ape lg, minta amik gambarlah..
huhuhuhuhuhuhuh..
jgn jeles!!!

 Gambar kenangan "A972"
habis aku sental milo kat situ!!!
my favourite...

"Haa, ne keja atai.. Dia ajak aku amik gambar dgn awek2 kebudayaan ne"
huhuhuhu...

"Ape tu?????"


Group dari kelab kami yang dapat placing ke-2
Alhamdulilah...